Menjelang Muharam..

Ahad, 5 Disember 2010

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan
berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

jangan lupa baca doa ni taw!!..^_^ salam maal hijrah 1432H



Episod Si Lurus

Sabtu, 4 Disember 2010

Seorang pakcik tua dari Merbok, Kedah baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Menurut undang-undang, pelekat berhuruf “P” hendaklah digantung pada motosikal bagi seseorang yang baru mendapat lesen motor. Suatu hari ketika menunggang motosikal dia tersempak dengan sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis.


Polis : “P” mana pakcik?


Pakcik : Pi Alorq Starq (dengan tenang dan slang pekat Kedah dia menjawab)


Polis : Pakcik nak bergurau pulak, “P” mana pakcik?


Pakcik : Aku nak pi Alorq Starq (dia dah mula naik angin).


Polis : Amboi, main-main pulak pakcik ni, ni saya tanya ni pakcik, “P” mana?


Pakcik : Aku dah habarq tak sat Alorq Starq, hang tak dengarq ka? Apa hang ingat aku tak tau ka jalan nak pi Alorq Starq. Mentang-mentang hang pakai unipom polis tu janganlah nak pelekeh orang tua macam aku.


Polis : Pi pi pi pi lah....menyusah aje, lain yang ditanya lain pulak yang dijawabnya.


Pakcik : Hah, tu kan mudah, yang duk tanya banyak-banyak tu buat apa, saja nak cari pasai!


Iktibar: Orang lurus biasanya tidak menggugat KESELAMATAN NEGARA...^_^


dipetik dari buku "Koleksi Kisah Ceria Pengasah Akhlak Mulia"


4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Jumaat, 3 Disember 2010



Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.


Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.






sumber: malaysiakini

Satu Cinta

Rabu, 24 November 2010



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Satu Cinta- Star Five

Kerana sehelai Hijab membawa seribu perbezaan

Ahad, 21 November 2010


Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian..keifahal imanukum? ^_^ moga2 kita sentiasa ditetapkan iman dan bertambah amal ibadat seiring perjalanan usia kita..insyaAllah..

Peringatan dari seorang sahabat kepada sahabat khususnya golongan wanita..moga kita semua mengambil iktibar..

Ya Latiff, hanya Engkau yang berkuasa membuka pintu hidayah kepada sesiapapun yang Engkau kehendaki..maka Engkau berikanlah kelembutan hati kepada golongan Hawa untuk kembali kepada fitrah seorang wanita, kembali kepada kehidupan berlandaskan Quran dan Sunnah..kerana aku x mahu kami semua(wanita) menjadi bahan bakar api nerakaMu..nauzubillah..

Maka perbanyakkanlah istighfar dan bersedekah wahai Hawa..

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.


Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: "”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”


Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”

(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)


wahai Hawa..


jangan jadikan apa yang diharamkan oleh Allah, dipertontonkan secara percuma kepada mata-mata yang rakus dan liar di luar sana.. jangan disalahkan 100% kepada mereka (kaum Adam) kerana x menjaga pandangan tetapi KAMU lah Hawa yang perlu menutup segalanya kecuali muka dan tapak tangan..firman Allah dalam surah An-Nur (24):31:


Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”


kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah..

Lihatlah dengan mata hati...



"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" ~hadis riwayat Abu Daud



moga kita semua dikurniakan hidayah oleh Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik dan dijauhkan dari menjadi kayu api Neraka Jahannam...ameen..

Salam Aidiladha..^_^

Selasa, 16 November 2010





Palestin itu jauh dari kita

Sabtu, 30 Oktober 2010

Salam imtihan buat semua pelajar yg bakal menduduki imtihan nihaie (final exam)...moga segalanya di permudahkan Allah...ameen..

Sekadar perkongsian tentang sajak yang amat menyentuh hati untuk kita yang sentiasa berada dalam nikmat Allah...

Jom kita hayati...


Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah