UJIAN DALAM BERDAKWAH

Sabtu, 6 Mac 2010

Firman Allah dalam surah al-ankabut : 2-3




Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?{2}Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.{3}

Ramai di kalangan manusia yang takut untuk berdakwah kerana takut dengan ujian yang bakal mereka tempuh..tapi bila difikir2 nama pun ujian.. bukan perkara yang mudah. Jalan dakwah tidak akan sesekali terhampar permaidani yang luas dihiasi bunga2 yang harum..tidak sama sekali. Malah jalan perjuangan sentiasa dihamparkan dengan duri-duri yang bakal melemahkan semangat manusia andai tidak ada kekuatan rohani.

Sedangkan Rasul-Rasul sebelum ini lagi banyak di uji dengan pelbagai ujian. Sebagai contoh yang paling dekat memandangkan kerap kali kita dengar kisah ini. Rasulullah s.a.w. banyak di uji dengan pelbagai mehnah dan kesusahan sewaktu menyebarkan dakwah baginda,sehinggakan pernah dibaling najis ketika sedang solat, dicemuh,dijerut leher dan banyak lagi tapi Nabi tetap mengukir senyuman dan bersabar atas semua ujian.

Tapi kita?? AKU?? Walaupun diuji sedikit sahaja mula melenting, tak nak dah ak buat kerja ni!! Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku..kuatkanlah imanku dan moga ak tetap dalam jalan perjungan menegakkan agama MU.

Sedikit perkongsian tentang sejarah perjuangan Nabi & Rasul terdahulu :

1.Nabi Musa menghadapi kezaliman firaun dalam melaksanakan dakwahnya.(al-qasas:4)



Sesungguhnya Fir'aun Telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka[1]. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.{4}
[1] golongan yang ditindas itu ialah Bani Israil, yang anak- anak laki-laki mereka dibunuh dan anak-anak perempuan mereka dibiarkan hidup.

2.Nabi Lutt dikelilingi umatnya yang tidak mengikut sunnah. Hidup dalam kemungkaran iaitu mengamalkan tabiat homoseksual(al-hijr:68)



Luth berkata: "Sesungguhnya mereka adalah tamuku; Maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku){68}

3.Nabi Ibrahim adalah seorang insan yang memperjuangkan kebenaran seorang diri dan mengisytiharkan di tengah-tengah masyarakatnya yang zalim dan sanggup berhadapan dengan Raja Namrud

4.Nabi Isa telah berhadapan dengan suasana yang kejam, tipudaya yang beraneka ragam dan cubaan hidup yang perlukan kesabaran



Dan Karena Ucapan mereka: "Sesungguhnya kami Telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah[378]", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.{157}Tetapi (yang sebenarnya), Allah Telah mengangkat Isa kepada-Nya[379]. dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.{158}

[378] mereka menyebut Isa putera Maryam itu Rasul Allah ialah sebagai ejekan, Karena mereka sendiri tidak mempercayai kerasulan Isa itu.
[379] ayat Ini adalah sebagai bantahan terhadap anggapan orang-orang Yahudi, bahwa mereka Telah membunuh nabi Isa a.s.

5.Rasulullah terima tentangan musuh0musuh islam, komplot, penghinaan, cacian, fitnah, dan penyeksaan. Fizikal dan mental baginda diuji.


“Ya Allah,ampunkan dosa2 ku andai pernah ak mengeluh untuk memperjuangkan agamaMu. Ak teramat malu untuk berhadapan denganMu Ya Rahman..tetapkanlah ak dalam jalan ini. Jadikanlah ak syahid di jalan juang..”



Yang baik itu datang dari KHALIQ yang buruk itu datang dari MAKHLUK

Wallahua’lam.

Ayuh mujahid/ah sama2 kita merebut al-jannah !!!(^_^)

WANITA & AURAT, ADAKAH SINONIM @ ANTONIM??

Jumaat, 5 Mac 2010

Seringkali diri ini bemonolog sendiri..Ya Allah utk siapakah mereka nak tunjukkan aurat mereka..x rasa ke 2 privacy?? Soalku ku sendirian.

Ya Allah Ya Rahim,Kau berikanlah petunjuk & hidayah kepada mereka… sedangkan anak kecil sudah pandai menutup aurat apatah lagi perempuan yang sudah baligh.



Ya Allah ak amat2 besyukur atas nikmat Mu & membei peluang kepadaku utk betudung labuh.w’pun sebelum ni ak bukanlah seperti yg sekarang..ak amat2 bersyukur.alhamdulillah Ya Rahman.Ya Allah jauhilah ak daripada pebuatan yg boleh menyebabkan ak jauh dariMu.

Ingin sekali insan yg hina lagi cetek ilmu ini berkongsi sedikit ilmu berkaitan
Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat.moga sedikit sebanyak dapat membuka mata sahabat2 di luar sana yg mana kadang2 kita terlupa @ sengaja buat2 lupa tentang pekara ini..

Antara kesalahan yang seing berlaku di kalangan wanita ialah:

1) Aurat itu memakai tudung sahaja
2) Bertudung, tetapi bekemeja-T lengan pendek
3) Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya
4) Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk
kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’
5) Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
6) Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar
rumah, pasaraya dan sebagainya
7) Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah
bahagian dada daripada tetutup
8) Betudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher,
tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu
adalah tutup rambut sahaja..(SALAH SANGKAAN INI!!)
9) Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan
10) Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya,tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

Firman Allah dalam surah An-nur (ayat:31)

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Wallahua’lam..yang baik itu datang dari Pencipta yang buruk itu datang dari ciptaannya.

Ayuh sahabat2 jom kita islah diri!!

Islah Nafsak wad’u ghairak (^_^)

salam Aidiladha

Khamis, 26 November 2009

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum bwat sume muslimin/muslimat...
salam iduladha maaf zahir batin..
kullu am wa antum bikhair..

Bunuh diri @ dibunuh

Rabu, 21 Oktober 2009



Kematian Teoh Beng Hock ,30 setiausaha politik ahli Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah semakin menjadi tanda tanya masyarakat Malaysia sekarang setelah Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Beliau yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik member rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.



Dr Pornthip Rojanasunan @ Dr Death

Teoh telah ditahan untuk disoal siasat oleh SPRM Selangor berhubung penggunaan dana wakil rakyat. Namun hayatnya berakhir kira-kira jam 1.30 petang pada keesokan harinya apabila mayatnya ditemui di balkoni tingkat lima bangunan yang menempatkan pejabat SPRM di Shah Alam. Berita selanjutnya bolehlah ke harakah.

Persada Perjuangan

Selasa, 20 Oktober 2009




Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,

Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,
Lankah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.


Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan

H@t!...*2*

Ahad, 18 Oktober 2009

Sabda Rasulullah S.A.W. :

“sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati”
(riwayat Bukhari dan Muslim)


*Jenis-jenis h@t!*




Kebiasaannya doktor akan mengenalpasti dahulu apakah penyakit yang dialami oleh pesakitnya barulah akan mengubatinya bersesuaian dengan penyakit yang di alaminya..

Begitu juga HATI, before kita berusaha untuk mengubatnya, ada baiknya kita kenal dulu hati kita sendiri tergolong dalam jenis apa..
Para ulama’ telah menyatakan,Allah mengkategorikan hati kepada tiga jenis:


1) Qalbun Sahih




~ Qalbun Sahih iaitu hati yg suci..suci di sini brmaksud hati yg bersih,chat & bebas drp segala gangguan yg bleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah & larangan Allah..




Erm,senang je kalau kita nak hati kita tergolong dalam ‘Qalbun Sahih’..=) maka jadikanlah Rasulullah sebagai cth teladan dlm hidup kita dlm apa jua keadaan..
Sabda Rasulullah: “Aku telah di utus semata-mata utk menyempurnakan budi pekerti yg mulia.”

Nabi Muhammad s.a.w merupakan s’org insan yg amat terbaik utk dijadikan cth utk umat manusia seluruhnya.. akhlak baginda adalah yg terpuji & sempurna.. Antara peribadi & akhlak Rasulullah s.a.w :

~baginda berdoa dgn penuh khusyuk & airmatanya sntsa brlinangan
~suka makan beramai-ramai drp berseorangan
~sntsa memulakan salam kpd sesiapa yg ditemuinya
~ktka brjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yg
dijabatnya itu melepaskan tanagnnya
~tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
~Suka menziarahi orang sakit



2) Qalbun Mayyit
~Qalbun Mayyit adalah hati yang mati..hati yg mati X ad pun sedikit perasaan cintakan Allah apatah lagi ingin melakukan amar ma’ruf nahi mungkar..




Nafsu dan syaitan adlah musuh utama manusia terutamanya kpd umat islam..janji syaitan kpd Tuhan bhw dia beserta keturunannya akan sentiasa menyesatkan & memesongkan umat manusia ke lembah kebinasaan akan sentiasa ditunaikan..

Nafsu & syaitan bekerjasama utk merebut tempat di hati manusia..pabila hati2 tersebut sudah dikuasai maka dengan cepat & pantas ‘mereka’ akan mencorakkan dgn segala sifat mazmumah.

Akhirnya lahirlah manusia2 yg berhati binatang yang sentiasa dlm hatinya ingin
melakukan dosa & maksiat..




3) Qalbun Maridh
~Qalbun Maridh adalah hati yg sakit. Hati ini perlulah sentiasa dijaga dan dirawat dgn begitu rapi sekali..kadangkala pemilik hati ini, mereka hidup sihat tetapi adakalanya mereka lebih mengutamakan dunia,cintakan dunia,tamak,takabbur dll..
Orang yang mempunyai hati yang sebegini mempunyai pengaruh untuk mengikut bisikan yang paling kuat. Jika dunia yang paling kuat dia akan cenderung untuk memilih dunia. Jika akhirat yang paling kuat golongan ini akan cenderung kepada akhirat..






Sentiasalah renovate dan update selalu hati ini dgn sifat2 mazmumah

H@t!...*1*

Jumaat, 16 Oktober 2009

  Bismillah wa Alhamdulillah..assalamualaikum bwat muslimin & muslimat wa kaifahalukum al’an? Alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini sekadar perkongsian bersama..insyaAllah..

  Rasulullah bersabda yang bermaksud:

 “yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa).” (Riwayat Abu Ya’la)

  Seperti yang sering kita dengar di corong2 radio lagu yang di dendangkan oleh kumpulan Far East..
Kekayaan Hati

Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin,
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin.

Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya mudahnya,
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih memilih.

(Chorus)
Hati itu bagai ladang,
Tempat bercucuk tanam,
Hati itu bagai kolam,
Tenang nyamannya......

Ulang Rangkap 1,2&Chorus

Cari kekayaannya,
Dalam uzlah yang lama,
Dimalam yang sempurna,
Bermunajat pada-Nya

(Ulang)
Ulang Chorus,1&2

Pengabdian yang hakiki,
Lewat zikir amali,
Dibasahi disirami,
Dengan Rahmat Ilahi.

http://liriknasyid.com



*per@n@n h@ti*



  Hati yang dijadikan Allah dalam tubuh manusia itu merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti..kita akan di soal bagaimana kita mengendalikan hati yang mempunyai fungsi yang sangat besar ini..

Firman Allah dalam surah al-isra’:36

 وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


  Hati ibarat raja kerana segala perintah yang datang daripadanya harus dilaksanakan oleh anggota tubuh badan yang lain. Overallnya hatilah yang menjadi punca utama perlakuan manusia.. ye ke??

  Mungkin lebih paham kalau kita bagi contoh tentang seseorang yang hendak makan akan terdetik hatinya untuk merasai pelbagai jenis hidangan..hati terlebih dahulu bertindak sebelum mulut memainkan peranannya..jelaslah disini bahawa semua yang kita lakukan bermula dengan detik hati.. Hati akan menghantar mesej ke otak seterusnya mengarahkan anggota lain untuk bertindak..

-to be continued- bi iznillah..