Kerana sehelai Hijab membawa seribu perbezaan

Ahad, 21 November 2010


Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian..keifahal imanukum? ^_^ moga2 kita sentiasa ditetapkan iman dan bertambah amal ibadat seiring perjalanan usia kita..insyaAllah..

Peringatan dari seorang sahabat kepada sahabat khususnya golongan wanita..moga kita semua mengambil iktibar..

Ya Latiff, hanya Engkau yang berkuasa membuka pintu hidayah kepada sesiapapun yang Engkau kehendaki..maka Engkau berikanlah kelembutan hati kepada golongan Hawa untuk kembali kepada fitrah seorang wanita, kembali kepada kehidupan berlandaskan Quran dan Sunnah..kerana aku x mahu kami semua(wanita) menjadi bahan bakar api nerakaMu..nauzubillah..

Maka perbanyakkanlah istighfar dan bersedekah wahai Hawa..

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.


Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata: “Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?” Baginda menjawab: "”(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.”


Perempuan itu bertanya lagi katanya: “Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?” Baginda menjawab: “Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).”

(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)


wahai Hawa..


jangan jadikan apa yang diharamkan oleh Allah, dipertontonkan secara percuma kepada mata-mata yang rakus dan liar di luar sana.. jangan disalahkan 100% kepada mereka (kaum Adam) kerana x menjaga pandangan tetapi KAMU lah Hawa yang perlu menutup segalanya kecuali muka dan tapak tangan..firman Allah dalam surah An-Nur (24):31:


Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”


kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah..

Lihatlah dengan mata hati...



"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" ~hadis riwayat Abu Daud



moga kita semua dikurniakan hidayah oleh Allah untuk berubah ke arah yang lebih baik dan dijauhkan dari menjadi kayu api Neraka Jahannam...ameen..

Salam Aidiladha..^_^

Selasa, 16 November 2010





Palestin itu jauh dari kita

Sabtu, 30 Oktober 2010

Salam imtihan buat semua pelajar yg bakal menduduki imtihan nihaie (final exam)...moga segalanya di permudahkan Allah...ameen..

Sekadar perkongsian tentang sajak yang amat menyentuh hati untuk kita yang sentiasa berada dalam nikmat Allah...

Jom kita hayati...


Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Ayah Pin buat hal lagi

Sabtu, 9 Oktober 2010


Pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit kembali aktif

JERTIH: Ayah Pin atau Arifin Mohamad, pemimpin ajaran sesat Kerajaan Langit yang diharamkan pada 2005, kembali meneruskan kegiatannya di perkampungan kumpulan itu di Kampung Batu 13, Pasir Akar, Hulu Besut, Besut.
Ayah Pin yang kelihatan uzur kerana menghidap penyakit kencing manis, ditemui wakil Berita Harian ketika menyertai seorang sau-dara terdekat ke perkampungan berkenaan pada Isnin lalu.
Pertemuan dengan Ayah Pin yang berusia 70 tahun berlangsung di sebuah warung di perkampungan kumpulan itu mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Mereka berkumpul di warung berkenaan untuk mendengar ajaran Ayah Pin.

Antara yang hadir adalah pengikutnya dari Selangor, Pahang serta Mersing dan Batu Pahat, Johor, yang datang menaiki pelbagai kenderaan mewah termasuk Toyota Wish dan Mitsubishi Grandis.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.
Sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ketika pertemuan itu, Ayah Pin turut menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.

“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Semua agama di muka bumi ini adalah sama. Semua pengikut hendaklah sentiasa beramal ke arah kebaikan, mencari bekalan sebelum mati agar sentiasa berada dalam keselesaan di akhirat. Hak orang jangan diganggu, jangan memfitnah orang dan carilah jalan damai sepanjang masa,” katanya.

Ayah Pin turut mendakwa dia tidak ditahan pihak berkuasa di Terengganu kerana tidak mengancam keselamatan negara.

Dia berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadapnya pada bila-bila masa kerana dia tinggal di kampung itu.

Selepas selesai majlis itu, semua pengikutnya mengangkat sembah tiga kali dan mencium tangan Ayah Pin sebelum beredar. Ada antara mereka menyampaikan sumbangan kewangan kepada Ayah Pin.

Difahamkan, sekurang-kurangnya empat rumah disewakan kepada pengikut ajaran terbabit yang datang dari jauh untuk bermalam di kawasan itu.

Pada 2005, pihak berkuasa memusnahkan perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin yang dipenuhi pelbagai monumen termasuk Bahtera Nabi Noh, Telaga Zam-Zam dan Kendi Gergasi.

Namun, ketika itu Ayah Pin dikatakan menghilangkan diri tetapi beberapa pengikutnya termasuk isterinya ditahan dan didakwa di mahkamah.

Sumber: Berita Harian

Dilema Cinta Ilahi

Sabtu, 28 Ogos 2010





Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

* Korus
Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Kemanakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari mu


Dilema...Cinta...Illahi....

* ulang Korus

Oh Tuhan!
Di manakah cinta-Mu
Oh Tuhan!
Di manakah rindu-Mu
Dan kemanakah redha-Mu
Kemanakah restu-Mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat dari mu

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
Ku harapkan cintamu Illahi

Dilema cinta ini
Merunsingkan hatiku
hanya ku dapat lankat dari mu

Puasku coretkan kata cinta ini
Beriringan kata seindah bicara
Lautan api telah pun ku selami
Namun geloranya tetap sama

Doa Senjata Mukmin..

Sabtu, 21 Ogos 2010

Kali pertama bumi ini di ciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang & tidak berputar dgn stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah S.W.T….

“Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” tanya para malaikat.

“Kerana belum di paku” Jawab Allah singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?” tanya para malaikat lagi.

“Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yg terjadi adlh sememangnya benar setelah di ciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun di kenali sebagai paku bumi yang di ciptakan Allah S.W.T.

Paku merupakan benda keras yg terbuat dr besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

“Ya Rab, adakah yg lbh kuat dr paku?”

“Ada” jawab Allah. “Iaitu api, yg dgn panasnya dapat melelehkan besi”

“Adakah yg lbh kuat lagi selain api, Ya Rab?” tanya malaikat lagi.

“Ada. Yakni air dpt memadamkan api” jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Allah, adakah yg lbh kuat lagi dr air?” sambung malaikat.

“Ada! Iaitu angin yg kerananya dpt mmbawa air ke mana pun ia menghembus” jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rab, adakah yg lbh kuat dr semua itu(gunung, api, air, angin)?” malaikat bertanya lagi.

“Ada!! Iaitu nafas hamba-Ku yg berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirku.” DemikiN Allah menjelaskan.

{Hadis Kudsi}


Sabda Rasulullah SAW, "sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yg terus menerus berdoa."


sila klik sini,koleksi doa

Ramadhan Kareem...

Ahad, 15 Ogos 2010


Bismillah wa Alhamdulillah..Ramadhan Kareem!!

Alhamdulillah, jari jemari ini masih di izinkan oleh Allah utk menari-nari di keyboard menandakan empunya blog ini msh bernafas krn sdh trlalu lama mmbiarkannya bersawang..huhu

Subhanallah, sedar x sedar kaki ini telah melangkah masuk ke bulan yg penuh barakah, Ramadhan Al-Mubarak..bulan yg padanya diturunkan al-Quran, adanya mlm Lailatul Qadar yg mana mlmnya melebihi dari 1000 bulan & byk lagi kelebihan2 bulan ini..

Ampun & maaf zahir & batin atas segala kekhilafan secara sedar @ x..moga kita semua dpt menjulang ijazah yg terbaik di bulan Ramadhan..bi iznillah.


"(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." al-baqarah 185.



Dlm ayat ini, Allah memuji bulan Ramadhan yg terpilih utk turunnya Al-Quran, bahkan kitab2 Allah yg diturunkan pada nabi2 juga diturunkan pada bulan Ramadhan.

Watsilah bin al-Aqsa r.a. mengatakan bhw Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shuhuf Ibrahim diturunkan pd malam pertama bulan Ramadhan & Taurat diturunkan pada tanggal 6 bulan ramadhan & Injil diturunkan tanggal 13 Ramadhan & Al-Quran diturunkan tanggal 24 Ramadhan”..

Sama2 lah kita tingkatkan amal ibadah di bulan yg penuh dgn kasih sayang Allah..dekatkanlah diri kita selalu dgn al-quran kerana byk pahala yg kita dpt drpdnya…

“Whoever reads a letter from the Book of Allah, he will have a reward. And that reward will be multiplied by ten. I am not saying that “Alif, Laam, Meem” is a letter, rather I am saying that “Alif” is a letter, “laam” is a letter and “meem” is a letter. So increase your recitation of the Quran to gain these merits, and to gain the following merit as well” (at-Tirmidhi)

Arnold H.Glasgow once said, “ Improvement begins with I”… so!!! What are we waiting for? Let’s grab this chance because it’s only comes once in a year. Herbert spencer also said. “ The great aim of education is not knowledge, but ACTION”..yes!!!
Action + `ikhlas’ = reward from Allah…insyaAllah