DiEt Rasulullah

Jumaat, 26 Jun 2009

Sdar X sdar slama ni kte duk main redah je mknan tnpa tgk ape effect akn dtg..patut la kdg2 lpas mkn rasa mlas la,trlajak knyang la,ad jgk yg X ckup ag ngan mknan dia 2,dn mcm2 ag r..(maaf kalu terasa..)

Mmg kte X leh lari dr belaian lembut nafsu mkn..aisy,bhya 2!!!kdg2 lpas mkn baru la mnyesal,duk mngadu sakit perut la..isy3x manusia zmn skrang..haa..mai kte kngsi sdikit tips pmakanan yg betul,mga2 kte dpt amalkan lam khidupan harian kte.Xpyah mkn ubat pape pn jz kte kne pndai padankan makanan kte je..Xsusah pn..eh,byk bleber la plak,JOM2X!!! nnti kn lapar plak…

Haaa… ni dia cara diet dan pemakanan RASULULLAH(qudwah hasanah kte).cube teliti leklok dan selamat beramal!!!…

Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

-JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU,BARU MAKAN NASI

-TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI

-JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL
MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

Da habis dah bace??cmne?hrap2 dpt la sdkit ilmu ttg cara pmakanan yg lebih baik nk2 kte ni s’org daie yg nk dkwah kt org tp kte sndri plak yg X chat..isy3X…pape pn..SELAMAT BERAMAL!!!…

BERSEGERA MELAKSANAKAN AMALAN BAIK

Rabu, 24 Jun 2009

‘Bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” Ali Imran{3}: ayat 133

‘Fi al-mubadarah ila al-khayrat wahaththi man tawajjah likhayrin ‘ala al-iqbal ‘alayhi bi al-jiddi min ghayri taraddudin’(bab pada bersegera kepada kebaikan dan menganjurkan kepada orang yang menuju kebaikan supaya menghadapinya dengan bersungguh-sungguh tanpa keraguan) dalam karya Imam al –Nawawi rahmatullahi ‘alayh bertajuk Riyad al-salihin min kalam saiyyid al mursalin mengajak manusia tentang hakikat dirinya yang begitu dan tersangat kerdil berbanding dengan keagungan ALLAH serta keesaanya dengan segala sifat kesempurnaa-Nya..

Sedar x sedar teramat banyak nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita seperti udara,sihat,sakit dan banyak lagi tapi yang paling penting nikmat IMAN & ISLAM..ALHAMDULILLAH..Natijah daripada kita merenung dan bermuhasabah seperti inilah membuatkan hati manusia terdetik dan cenderung untuk melakukan kebaikan dan beribadat kepada ALLAH..Muhasabah seperti inilah membuatkan hamba amat memerlukan tempat bergantung dan mengadu kepada Pencipta Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang itu tatkala timbul kesedaran dalam hatinya??

Imam al-Nawawi telah menyusun bab tersebut sebagai jawapan kepada persoalan ini (apabila terdetik dalam hati untuk beribadat kepada ALLAH)

Maka adalah menjadi tanggungjawab setiap mukmin untuk bersegera dalam melakukan amalan baik itu tanpa menunda-nundakannya. Perkataan mubadarah bermaksud melaksanakan sesuatu secara spontan tanpa teragak-agak atau menunda-nundakannya pada suatu masa lain..Imam al-Nawawi memulakan bab beliau dengan firman ALLAH dalam surah
Ali Imran ayat 133..
Al Baqarah ayat 148

Khulasah: {apabila terdetik dorongan dalam hati kita hasrat untuk melakukan amalan yang baik,janganlah ada sikap suka menundakannya untuk waktu yang lain }