Memaparkan catatan dengan label serikandi islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serikandi islam. Papar semua catatan

Pengasuh Rasulullah

Sabtu, 3 April 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, buat selama-lamany marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah yg telah mengurniakan kita pelbagai nikmat. Alhamdulillah.

“Pergilah kamu menenun kain. Berikan pedangmu kepadaku” ~Ummu Aiman~

Begitulah kata2 seorang pengasuh Nabi Muhammad s.a.w. kepada tentera islam yg melarikan diri ke belakang dalam Perang Uhud. Yg mana tatkala Perang Uhud la terdengarny khabar angin bahawa Rasulullah terkorban. Sesungguhnya khabar itulah yg menyebabkan suasana dalam medan perang menjadi X terkawal.

Begitu beraninya seorang perempuan / wanita yg berasal dari Negeri Habsyah di iringi semangat yg kental meluru ke medan tempur & membantu tentera Islam yg tercedera. Aku?? Mampukah aku menjadi seberani beliau.. Ya Allah berikan aku kekuatan & kesihatan yg baik utk menolong agamaMU..

Nama sebnar Ummu Aiman adalah Barkah binti Tsa’labah bin ’Amr bin Hishn bin Malik bin Salamah bin ’Amr bin Nu’man.

Ummu Aiman adalah hamba sahaya yang diwariskan kepada Rasulullah SAW oleh ayahnya, ’Abdullah bin Abdul Muthalib. Ummu Aiman mengasuh Muhammad sampai lah dewasa. Dia dimerdekakan setelah Rasulullah SAW menikah dengan Khadijah binti Khuwalid, kemudian dinikahi oleh ’Ubaid bin Al-Harits dari suku Khazraj.

Dari pernikahannya dengan ’Ubaid, lahirlah Aiman.(kerana itulah Beliau mendapat gelaran Ummu Aiman). Aiman ikut hijrah dan berjihad bersama Rasulullah SAW dan gugur sebagai syahid dalam perang Hunain.

Rasulullah SAW sangat menghormati Ummu Aiman. Suatu ketika beliau mengunjunginya dan berkata, ”Wahai Ibu!” Beliau juga pernah berkata, ”Wanita ini adalah anggota keluargaku yang masih tersisa.” Pada kesempatan lain beliau juga pernah berkata, ”Ummu Aiman adalah ibuku setelah ibuku (wafat).”

Ummu Aiman mengasuh Muhammad kecil dengan penuh kelembutan. Setelah Muhammad diangkat menjadi rasul, beliau pernah berkata, ”Barang siapa yang ingin menikah dengan wanita ahli surga, maka hendaklah ia menikahi Ummu Aiman.” Mendengar sabda beliau, Zaid bin Haritsah segera menikahinya. Dari pernikahannya dengan Zaid, lahirlah Usamah bin Zaid, lelaki kesayangan Rasulullah SAW.

Ketika Allah memerintahkan kaum muslim untuk hijrah ke Madinah, Ummu Aiman termasuk angkatan pertama yang turut hijrah ke Madinah. Dia melakukan hijrah dengan berjalan kaki, tanpa bekal, dan dalam keadaan puasa walaupun cuaca saat itu sangat panas, sehingga ia mengalami kehausan yang sangat. Selanjutnya, Allah memberikan kemurahan kepadanya dengan menurunkan dari langit satu timba air dengan tali timba yang berwarna putih. Dia pun meminumnya sampai puas.

Dalam sebuah riwayat, Ummu Aiman berkata, “Sesudah minum air itu, aku tidak merasakan haus lagi. Meskipun aku berpuasa di tengah hari yang biasanya aku merasa haus, kini aku tidak merasakan haus setelah minum air itu. Sejak saat itu, jika aku berpuasa pada hari yang sangat panas, aku tidak pernah merasakan haus."

Di samping sifat-sifatnya yang terpuji, Ummu Aiman juga seorang wanita yang selalu ingin bergabung bersama pahlawan Islam dalam memerangi musuh-musuh Allah SWT untuk meninggikan kalimat-Nya, w’pun usianya sudah tua. Dia ikut di medan perang Uhud. Di sana dia berusaha memanah sekuat kemampuannya, memberi minum pasukan yang kehausan, dan mengobati mereka yang terluka. Dia juga turut menyertai Rasulullah SAW dalam perang Khaibar.

Ummu Aiman wafat pada masa khalifah Utsman bin Affan, bertepatan 20 hari setelah wafatnya Umar. Semoga Allah mencurahkan rahmat-nya kepada Ummu Aiman, wanita yang berhijrah dengan berjalan kaki dalam keadaan puasa, pengasuh Rasulullah SAW.

Satu cerita di mana Rasulullah pernah bergurau dgn Ummu Aiman..Pada suatu hari, Ummu Aiman meminta tolong kepada Nabi saw untuk membantunya menaiki seekor unta. Maka Rasulullah pun mendekatinya dan berkata, “Baiklah wahai Ummu Aiman, aku akan menaikkan dirimu ke atas seekor anak unta betina.”

Ummu Aiman terkejut dan sedikit bingung . Tetapi Rasulullah, apa yang bias kuperbuat dengan seekor anak unta betin, hewan itu tentu tidak kuat ditunggangi,”jawabnya.
Tetapi Rasulullah dengan tersenyum tetap berkata akan menaikkan Ummu Aiman ke atas seekor anak unta betina.

Ummu Aiman pun masih dengan kebingungannya dan berkata, “Tapi..tapi..anak unta betina itu tentunya tidak kuat dijadikan tunggangan ya Rasul…”
Lalu Rasulullah pun membimbing Ummu Aiman mendekati unta jantan yang gagah dan membantunya naik.

“Bukankah setiap unta pastilah anak unta betina? Begitu juga dengan unta ini. Maka sekarang naiklah.”

Seketika tertawalah Ummu Aiman dan para sahabat yang menyaksikan peristiwa itu.
Wahai saudaraku begitulah Rasulullah kerap bersenda gurau dengan para sahabat dan keluarganya, apa yang Rasulullah berikan dalam gurauannya adalah sebuah kebenaran nan indah yang mampu membuat kita tersenyum dengan sebuah makna yang tersirat di dalamnya, patutlah kita contoh dan kita tiru..

Tapi kebanyakan manusia sekarang berlebihan dalam bergurau.. ada yg suka & gelak smpai x ingat dunia (astaghfirullah)... bibir mengatakan Rasulullah teladan kami, tapi sejauh manakah kita mencontohi akhlak & peribadi baginda.

ما أصابك من حسنة فمن الله, وما أصابك من سيئة فمن نفسك

Mampukah aku menjadi sepertimu???

Rabu, 16 September 2009

Salam Ramadhan bwat muslimin dan muslimat..masih berbaki beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal bakal menjelang tiba..tapi masihkah kita berpuas hati dengan amalan2 kita di bulan ini…Ayuh sahabat sahabiah, masih ada waktu untuk kita untuk mempersembahkan yang terbaik bwat kekasih kita,ALLAH S.W.T.

Entry kali ini, terdetik hati kecil ini untuk merungkai serba sedikit kisah hidup serikandi islam yang begitu tabah dan cekal dalam menegakkan kalimahMu..Terlintas di fikiranku, “mampukah aku menjadi sepertimu???”

Sering terdengar di corong2 radio mahupun di kaca TV lagu yang berkisarkan tentangmu yang didendangkan oleh sekumpulan anak muda-UNIC-..

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi


Sumber
http://www.hijjaz.com.my

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupannya sangat miskin dan serba kekurangan. Zinnirah terpisah dengan keluarganya ketika berlaku satu peperangan besar di Rome dan beliau dijadikan tawanan perang. Sejak itu beliau dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari, Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Hari demi hari nasib beliau bertambah buruk. Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Pada zaman itu, Umar Al-Khattab amat terkenal dengan sikap bengis dan kasar.Umar masih belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui tentang keislaman Zinnirah.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...



Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula.

Ya Allah begitu tabahnya hambamu ini..sanggup bergadai nyawa semata2 keranaMu..Ya Allah ampunilah hambaMu yang lemah ini..diri terasa amat kerdil lagi hina. Jadikan aku insan yang sentiasa tabah dan cekal mengharungi suka duka perjuangan..jadikan aku syahid di jalanMu..