Mampukah aku menjadi sepertimu???

Rabu, 16 September 2009

Salam Ramadhan bwat muslimin dan muslimat..masih berbaki beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal bakal menjelang tiba..tapi masihkah kita berpuas hati dengan amalan2 kita di bulan ini…Ayuh sahabat sahabiah, masih ada waktu untuk kita untuk mempersembahkan yang terbaik bwat kekasih kita,ALLAH S.W.T.

Entry kali ini, terdetik hati kecil ini untuk merungkai serba sedikit kisah hidup serikandi islam yang begitu tabah dan cekal dalam menegakkan kalimahMu..Terlintas di fikiranku, “mampukah aku menjadi sepertimu???”

Sering terdengar di corong2 radio mahupun di kaca TV lagu yang berkisarkan tentangmu yang didendangkan oleh sekumpulan anak muda-UNIC-..

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi


Sumber
http://www.hijjaz.com.my

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupannya sangat miskin dan serba kekurangan. Zinnirah terpisah dengan keluarganya ketika berlaku satu peperangan besar di Rome dan beliau dijadikan tawanan perang. Sejak itu beliau dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari, Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Hari demi hari nasib beliau bertambah buruk. Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Pada zaman itu, Umar Al-Khattab amat terkenal dengan sikap bengis dan kasar.Umar masih belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui tentang keislaman Zinnirah.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...



Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula.

Ya Allah begitu tabahnya hambamu ini..sanggup bergadai nyawa semata2 keranaMu..Ya Allah ampunilah hambaMu yang lemah ini..diri terasa amat kerdil lagi hina. Jadikan aku insan yang sentiasa tabah dan cekal mengharungi suka duka perjuangan..jadikan aku syahid di jalanMu..

0 comments:

Catat Ulasan