Malaikat adalah makhluk Allah yang begitu taat dan setia kepadaNya. Dalam keadaan bagaimanapun ia tetap berzikir dan terus berzikir membesarkan Allah Yang Esa. Sudah sedia maklum bahawa malaikat diciptakan oleh Allah dari nur dan setia menjalankan tugasnya hingga ke hari kiamat.
Ketika Allah memerintahkan iblis dan malaikat sujud kepada Adam, malaikat dengan taatnya menurut segala perintah Allah. Namun iblis yang sombong lagi bongkak bangkang dengan sekeras-kerasnya.
"Dan (Ingatlah) ketika kami Berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", Maka mereka sujud kecuali iblis. ia membangkang."{thahaa: 116}
Kali ini ingin ak berkongsi tentang asal usul kita sebagai manusia, hamba, makhluk, dan juga khalifah di bumi pinjaman Allah ini..bagi ku perlu untuk kita mengetahui bagaimana para malaikat ditugaskan mengambil tanah untuk mencipta Adam a.s. manusia yang pertama diciptakan oleh Allah S.W.T.
"Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.(12).Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).(13).Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (brbentuk) lain.Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.(14)."{al-mu'minun: 12-14}
Buat pertama kalinya, Allah memerintahkan malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadiakn bahan untuk mencipta Adam. Tapi ketika beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana ia khuatir & bimbang kelak Adam akan menjadi maksiat kepada Allah.
Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan dengan tidak membawa apa2 setelah mendengar sumpah bumi tadi.
Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail turun dengan tujuan yang sama seperti malaikat Jibril. Namun malaikat Mikail juga X dapat berbuat apa2 setelah mendengar perkataan bumi dan kembali ke hadrat Allah dengan hampa.
Kemudian Allah, menyuruh Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah. Tetapi Israfil pun X berdaya mendengar sumpah bumi lalu kembali ke hadrat Allah dengan tangan yang hampa.
Yang terakhir Allah menyuruh malaikat Izrail dengan tujuan yang sama seperti malaikat-malaikat sebelum ni. Kata Allah: “ Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah denagn ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakana bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.”
Setelah Izrail turun ke bumi lalu ia berkata : “ Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah, dan tentunya engkau tidak ingin menajdi makhluk yang derhaka kepada Allah, bukan??”
Begitulah taatnya malaikat Izrail atas perintah dan suruhan yang Allah tugaskan untuk beliau. Mendengar perkataan Izrail, bumi tidak dapat berkata apa2 kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak berbuat apa2.
Setelah itu, kembalilah Izrail ke hadrat Allah dengan membawa beberapa macam tanah.
Firman Allah: “ Ya Izrail,pertama engkau yang Ku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia.”
“Jika demikianlah hamba khuatir akan dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaanku ini.” Kata malaikat Izrail.
“Tidak” jawab Allah. “Mereka tidak akan memusuhimu” Aku yang mengaturnya. Lalu aku jadikan sebab2 untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada kami kamu dikembalikan."{al-ankabut: 57}
Menurut keterangan para ulama’ bahawa tanah-tanah ini adalah seperti berikut:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Maqdis.
2. Tanah dari Bukit Tursina.
3. Tanah Iraq.
4. Tanah Aden.
5. Tanah Al-Kautsar.
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
7. Tanah Paris.
8. Tanah Khurasan.
9. Tanah (Babylon).
10. Tanah India.
11. Tanah Syurga.
12. Tanah Tha’if.
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempat akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit tursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat untuk memanis-manis.
7. Tangan kananya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesame manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan ahus.
10. Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
11. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
12. Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.
13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan, dan sebagainya.
14. Lidahnya dari tanah Tha’if tempat mengucap Syahadah bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
0 comments:
Catat Ulasan