tips untuk mencuci hati

Khamis, 23 Julai 2009




  Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Isnin, 20 Julai 2009

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,
kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

seriNgkali aku Lupa...

Jumaat, 17 Julai 2009

Bismillahi wa alhamdulillah…segala puji dan syukur kpd Ilahi krn X putus2 memberi nikmat kpd hamba ini,baik dari segi sihat,sakit,kenyang,lapar,letih dan byk lg…kdg2 diri ini begitu haus dgn kasih syg drp Mu Ya Allah…

Tapi,adakala aku terfikir adkah aku layak untk mendapat cinta dan kasih sayangMu Ya Allah…dgn ibadatku yg teramat2 la sedikit..aku malu Ya Allah..malu dgn diriku sendiri..malu utk berhadapan dgnMu di hari perhitungan kelak..

Apakah aku layak mendapatkan syurga yg terhampar padanya segala nikmat yg X tercapai akalku utk membayanginya…Ya Allah,ampunkanlah dosa2 ku ini..

Baru2 ni ada aku terbaca sebuah buku (SOLUSI)..erm,rase2nye ramai yg taw kwujudan buku ni..1st time aku membeli buku 2 dn edisi kali ni berkaitan ngan MATI..mmg betul2 menginsafkan kalau hayati dan baca betul2..

Dalam islam kita X disuruh untuk takutkan MATI,sebaliknya kita disaran utk selalu mengingati MATI..tapi ramai antara kita yg betul2 takut utk hadapi MATI sedangkan mereka taw bhw MATI akan dtg juga menjemput dia suatu hari nanti...

Antara anjuran Rasulullah dalam banyak hadisnya,baginda bersabda: "cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan".Pernah Ibnu Umar bertanya seorang ansar kepada Rasulullah,"wahai Nabi Allah,siapakah orang yg paling cerdik dan paling teguh?"
Rasulullah s.a.w. bersabda "mereka yg banyak mengingati MATI dan bersedia utknya ,mereka itulah org yg cerdik."

Erm,nk taw cite selanjutnye??tggu next post ye....
SeLAmat BerCuTi bwat Sahabat2 UIA...jgn lupe stdy..=)

fatrah exam!!!

Bismillah wa Alhamdulillah….
Alhamdulillah,16hb Julai berakhirlah exam Aqidah,14hb BMW & 13hb Dirasat Quraniah…Ya Allah,lega sgt2 aku rase…
Mane X nye,tido kul 3pg bgn awal plak…ni la org yg X prepare awal2 jd la cmni..(jgn ikut taw!!)
Tapi,Alhamdulillah…dpt la jgk jwb..tp, yg frust cket sbjek Aqidah r…clap diri sndiri jgk sbb Xbyk hafal..
Tggal 2 sbjek ag X sttle,dua2 susaah…huhu..Nahu & CCT…doakan ye…