Bunuh diri @ dibunuh

Rabu, 21 Oktober 2009



Kematian Teoh Beng Hock ,30 setiausaha politik ahli Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah semakin menjadi tanda tanya masyarakat Malaysia sekarang setelah Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Beliau yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik member rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.



Dr Pornthip Rojanasunan @ Dr Death

Teoh telah ditahan untuk disoal siasat oleh SPRM Selangor berhubung penggunaan dana wakil rakyat. Namun hayatnya berakhir kira-kira jam 1.30 petang pada keesokan harinya apabila mayatnya ditemui di balkoni tingkat lima bangunan yang menempatkan pejabat SPRM di Shah Alam. Berita selanjutnya bolehlah ke harakah.

Persada Perjuangan

Selasa, 20 Oktober 2009




Masih mekar kenangan indah,
Zaman gemilang islam menjulang,
Ketika rasul ada bersama,
Para sahabat mentadbir dunia,

Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,
Lankah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,
Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.


Album : Kedamaian
Munsyid : Zulfan

H@t!...*2*

Ahad, 18 Oktober 2009

Sabda Rasulullah S.A.W. :

“sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati”
(riwayat Bukhari dan Muslim)


*Jenis-jenis h@t!*




Kebiasaannya doktor akan mengenalpasti dahulu apakah penyakit yang dialami oleh pesakitnya barulah akan mengubatinya bersesuaian dengan penyakit yang di alaminya..

Begitu juga HATI, before kita berusaha untuk mengubatnya, ada baiknya kita kenal dulu hati kita sendiri tergolong dalam jenis apa..
Para ulama’ telah menyatakan,Allah mengkategorikan hati kepada tiga jenis:


1) Qalbun Sahih




~ Qalbun Sahih iaitu hati yg suci..suci di sini brmaksud hati yg bersih,chat & bebas drp segala gangguan yg bleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah & larangan Allah..




Erm,senang je kalau kita nak hati kita tergolong dalam ‘Qalbun Sahih’..=) maka jadikanlah Rasulullah sebagai cth teladan dlm hidup kita dlm apa jua keadaan..
Sabda Rasulullah: “Aku telah di utus semata-mata utk menyempurnakan budi pekerti yg mulia.”

Nabi Muhammad s.a.w merupakan s’org insan yg amat terbaik utk dijadikan cth utk umat manusia seluruhnya.. akhlak baginda adalah yg terpuji & sempurna.. Antara peribadi & akhlak Rasulullah s.a.w :

~baginda berdoa dgn penuh khusyuk & airmatanya sntsa brlinangan
~suka makan beramai-ramai drp berseorangan
~sntsa memulakan salam kpd sesiapa yg ditemuinya
~ktka brjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yg
dijabatnya itu melepaskan tanagnnya
~tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
~Suka menziarahi orang sakit



2) Qalbun Mayyit
~Qalbun Mayyit adalah hati yang mati..hati yg mati X ad pun sedikit perasaan cintakan Allah apatah lagi ingin melakukan amar ma’ruf nahi mungkar..




Nafsu dan syaitan adlah musuh utama manusia terutamanya kpd umat islam..janji syaitan kpd Tuhan bhw dia beserta keturunannya akan sentiasa menyesatkan & memesongkan umat manusia ke lembah kebinasaan akan sentiasa ditunaikan..

Nafsu & syaitan bekerjasama utk merebut tempat di hati manusia..pabila hati2 tersebut sudah dikuasai maka dengan cepat & pantas ‘mereka’ akan mencorakkan dgn segala sifat mazmumah.

Akhirnya lahirlah manusia2 yg berhati binatang yang sentiasa dlm hatinya ingin
melakukan dosa & maksiat..




3) Qalbun Maridh
~Qalbun Maridh adalah hati yg sakit. Hati ini perlulah sentiasa dijaga dan dirawat dgn begitu rapi sekali..kadangkala pemilik hati ini, mereka hidup sihat tetapi adakalanya mereka lebih mengutamakan dunia,cintakan dunia,tamak,takabbur dll..
Orang yang mempunyai hati yang sebegini mempunyai pengaruh untuk mengikut bisikan yang paling kuat. Jika dunia yang paling kuat dia akan cenderung untuk memilih dunia. Jika akhirat yang paling kuat golongan ini akan cenderung kepada akhirat..






Sentiasalah renovate dan update selalu hati ini dgn sifat2 mazmumah

H@t!...*1*

Jumaat, 16 Oktober 2009

  Bismillah wa Alhamdulillah..assalamualaikum bwat muslimin & muslimat wa kaifahalukum al’an? Alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini sekadar perkongsian bersama..insyaAllah..

  Rasulullah bersabda yang bermaksud:

 “yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa).” (Riwayat Abu Ya’la)

  Seperti yang sering kita dengar di corong2 radio lagu yang di dendangkan oleh kumpulan Far East..
Kekayaan Hati

Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin,
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin.

Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya mudahnya,
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih memilih.

(Chorus)
Hati itu bagai ladang,
Tempat bercucuk tanam,
Hati itu bagai kolam,
Tenang nyamannya......

Ulang Rangkap 1,2&Chorus

Cari kekayaannya,
Dalam uzlah yang lama,
Dimalam yang sempurna,
Bermunajat pada-Nya

(Ulang)
Ulang Chorus,1&2

Pengabdian yang hakiki,
Lewat zikir amali,
Dibasahi disirami,
Dengan Rahmat Ilahi.

http://liriknasyid.com



*per@n@n h@ti*



  Hati yang dijadikan Allah dalam tubuh manusia itu merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti..kita akan di soal bagaimana kita mengendalikan hati yang mempunyai fungsi yang sangat besar ini..

Firman Allah dalam surah al-isra’:36

 وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


  Hati ibarat raja kerana segala perintah yang datang daripadanya harus dilaksanakan oleh anggota tubuh badan yang lain. Overallnya hatilah yang menjadi punca utama perlakuan manusia.. ye ke??

  Mungkin lebih paham kalau kita bagi contoh tentang seseorang yang hendak makan akan terdetik hatinya untuk merasai pelbagai jenis hidangan..hati terlebih dahulu bertindak sebelum mulut memainkan peranannya..jelaslah disini bahawa semua yang kita lakukan bermula dengan detik hati.. Hati akan menghantar mesej ke otak seterusnya mengarahkan anggota lain untuk bertindak..

-to be continued- bi iznillah..