H@t!...*2*

Ahad, 18 Oktober 2009

Sabda Rasulullah S.A.W. :

“sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati”
(riwayat Bukhari dan Muslim)


*Jenis-jenis h@t!*




Kebiasaannya doktor akan mengenalpasti dahulu apakah penyakit yang dialami oleh pesakitnya barulah akan mengubatinya bersesuaian dengan penyakit yang di alaminya..

Begitu juga HATI, before kita berusaha untuk mengubatnya, ada baiknya kita kenal dulu hati kita sendiri tergolong dalam jenis apa..
Para ulama’ telah menyatakan,Allah mengkategorikan hati kepada tiga jenis:


1) Qalbun Sahih




~ Qalbun Sahih iaitu hati yg suci..suci di sini brmaksud hati yg bersih,chat & bebas drp segala gangguan yg bleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah & larangan Allah..




Erm,senang je kalau kita nak hati kita tergolong dalam ‘Qalbun Sahih’..=) maka jadikanlah Rasulullah sebagai cth teladan dlm hidup kita dlm apa jua keadaan..
Sabda Rasulullah: “Aku telah di utus semata-mata utk menyempurnakan budi pekerti yg mulia.”

Nabi Muhammad s.a.w merupakan s’org insan yg amat terbaik utk dijadikan cth utk umat manusia seluruhnya.. akhlak baginda adalah yg terpuji & sempurna.. Antara peribadi & akhlak Rasulullah s.a.w :

~baginda berdoa dgn penuh khusyuk & airmatanya sntsa brlinangan
~suka makan beramai-ramai drp berseorangan
~sntsa memulakan salam kpd sesiapa yg ditemuinya
~ktka brjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yg
dijabatnya itu melepaskan tanagnnya
~tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
~Suka menziarahi orang sakit



2) Qalbun Mayyit
~Qalbun Mayyit adalah hati yang mati..hati yg mati X ad pun sedikit perasaan cintakan Allah apatah lagi ingin melakukan amar ma’ruf nahi mungkar..




Nafsu dan syaitan adlah musuh utama manusia terutamanya kpd umat islam..janji syaitan kpd Tuhan bhw dia beserta keturunannya akan sentiasa menyesatkan & memesongkan umat manusia ke lembah kebinasaan akan sentiasa ditunaikan..

Nafsu & syaitan bekerjasama utk merebut tempat di hati manusia..pabila hati2 tersebut sudah dikuasai maka dengan cepat & pantas ‘mereka’ akan mencorakkan dgn segala sifat mazmumah.

Akhirnya lahirlah manusia2 yg berhati binatang yang sentiasa dlm hatinya ingin
melakukan dosa & maksiat..




3) Qalbun Maridh
~Qalbun Maridh adalah hati yg sakit. Hati ini perlulah sentiasa dijaga dan dirawat dgn begitu rapi sekali..kadangkala pemilik hati ini, mereka hidup sihat tetapi adakalanya mereka lebih mengutamakan dunia,cintakan dunia,tamak,takabbur dll..
Orang yang mempunyai hati yang sebegini mempunyai pengaruh untuk mengikut bisikan yang paling kuat. Jika dunia yang paling kuat dia akan cenderung untuk memilih dunia. Jika akhirat yang paling kuat golongan ini akan cenderung kepada akhirat..






Sentiasalah renovate dan update selalu hati ini dgn sifat2 mazmumah

0 comments:

Catat Ulasan