Mampukah aku menjadi sepertimu???

Rabu, 16 September 2009

Salam Ramadhan bwat muslimin dan muslimat..masih berbaki beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal bakal menjelang tiba..tapi masihkah kita berpuas hati dengan amalan2 kita di bulan ini…Ayuh sahabat sahabiah, masih ada waktu untuk kita untuk mempersembahkan yang terbaik bwat kekasih kita,ALLAH S.W.T.

Entry kali ini, terdetik hati kecil ini untuk merungkai serba sedikit kisah hidup serikandi islam yang begitu tabah dan cekal dalam menegakkan kalimahMu..Terlintas di fikiranku, “mampukah aku menjadi sepertimu???”

Sering terdengar di corong2 radio mahupun di kaca TV lagu yang berkisarkan tentangmu yang didendangkan oleh sekumpulan anak muda-UNIC-..

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi


Sumber
http://www.hijjaz.com.my

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupannya sangat miskin dan serba kekurangan. Zinnirah terpisah dengan keluarganya ketika berlaku satu peperangan besar di Rome dan beliau dijadikan tawanan perang. Sejak itu beliau dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari, Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Hari demi hari nasib beliau bertambah buruk. Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Pada zaman itu, Umar Al-Khattab amat terkenal dengan sikap bengis dan kasar.Umar masih belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui tentang keislaman Zinnirah.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...



Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula.

Ya Allah begitu tabahnya hambamu ini..sanggup bergadai nyawa semata2 keranaMu..Ya Allah ampunilah hambaMu yang lemah ini..diri terasa amat kerdil lagi hina. Jadikan aku insan yang sentiasa tabah dan cekal mengharungi suka duka perjuangan..jadikan aku syahid di jalanMu..

Dampingilah aku selalu!!


Syukur padaMu,
Atas segala nikmat yang tidak terhingga,
Yang sentiasa datang mencurah-curah,
Buat hambaMu yang hina ini..

Syukur padamu,
Dengan izinMu,
Aku masih hidup di alam ini,
Alam yang penuh dugaan,
Alam yang penuh cabaran,

Alam yang mengajar ku erti seorang hamba,
Alam yang mengajar ku erti seorang anak,
Alam yang mengajar ku erti sebuah pengobanan,

Diri ini hina untuk berjalan di bumiMu,
Malu untuk berhadapan denganMu,
Dengan amalanku yang sangat kontang,
Dengan khilaf dan dosa yang sering ku lakukan,

Aku tidak layak untuk mendapat syurgaMU,
Tapi aku tidak sanggup untuk menanggung siksa nerakaMU,
Dampingilah aku selalu,
Wahai kekasihku,


Bantulah diriku ini,
Aku ingin sentiasa bersamaMu,
Jangan biarkan aku terus hanyut,
Sedarkan aku dari lena yang panjang,
Dari tipuan dunia semata,
Dari godaan syaitan durjana,

Jadikanlah aku sentiasa taat padaMu,
Jadikanlah aku anak yang berbakti pada ibu bapa,
Jadikanlah aku pejuang di jalanMu,
Matikan aku di jalan syahidMu,
Hanya itu impianku,

Syukur padaMu,
Dengan izinMu aku terus bernafas,
Dan terus bernafas,
Berjalan,bermusafir,merantau,
Mencari redhaMu,

TanpaMu disisi,
Hidup ini gundah gulana,
Tidak tahu arah tujuan,
Resah gelisah ku rasai,

Ya Allah!!!
Aku sangat merinduiMu,
Jangan Kau hilangkan rasa cinta ini,
Rasa rindu ini biarlah selamanya di kalbuku,

Hanya padaMu tempat ku memohon,
Tempat ku merintih dan berharap,
Dengarlah luahan hati ini,
hambaMu yang amat merinduiMU..
daiman fil qalbi…








asalku dari bermacam tanah

Selasa, 15 September 2009


  Malaikat adalah makhluk Allah yang begitu taat dan setia kepadaNya. Dalam keadaan bagaimanapun ia tetap berzikir dan terus berzikir membesarkan Allah Yang Esa. Sudah sedia maklum bahawa malaikat diciptakan oleh Allah dari nur dan setia menjalankan tugasnya hingga ke hari kiamat.

  Ketika Allah memerintahkan iblis dan malaikat sujud kepada Adam, malaikat dengan taatnya menurut segala perintah Allah. Namun iblis yang sombong lagi bongkak bangkang dengan sekeras-kerasnya.

  "Dan (Ingatlah) ketika kami Berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", Maka mereka sujud kecuali iblis. ia membangkang."{thahaa: 116}

  Kali ini ingin ak berkongsi tentang asal usul kita sebagai manusia, hamba, makhluk, dan juga khalifah di bumi pinjaman Allah ini..bagi ku perlu untuk kita mengetahui bagaimana para malaikat ditugaskan mengambil tanah untuk mencipta Adam a.s. manusia yang pertama diciptakan oleh Allah S.W.T.
 
  "Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.(12).Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).(13).Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (brbentuk) lain.Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.(14)."{al-mu'minun: 12-14}

  Buat pertama kalinya, Allah memerintahkan malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadiakn bahan untuk mencipta Adam. Tapi ketika beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana ia khuatir & bimbang kelak Adam akan menjadi maksiat kepada Allah.

  Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan dengan tidak membawa apa2 setelah mendengar sumpah bumi tadi.

  Kemudian Allah memerintahkan malaikat Mikail turun dengan tujuan yang sama seperti malaikat Jibril. Namun malaikat Mikail juga X dapat berbuat apa2 setelah mendengar perkataan bumi dan kembali ke hadrat Allah dengan hampa.

  Kemudian Allah, menyuruh Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah. Tetapi Israfil pun X berdaya mendengar sumpah bumi lalu kembali ke hadrat Allah dengan tangan yang hampa.
  
  Yang terakhir Allah menyuruh malaikat Izrail dengan tujuan yang sama seperti malaikat-malaikat sebelum ni. Kata Allah: “ Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah denagn ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakana bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.”

  Setelah Izrail turun ke bumi lalu ia berkata : “ Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bererti engkau membantah perintah Allah, dan tentunya engkau tidak ingin menajdi makhluk yang derhaka kepada Allah, bukan??”

  Begitulah taatnya malaikat Izrail atas perintah dan suruhan yang Allah tugaskan untuk beliau. Mendengar perkataan Izrail, bumi tidak dapat berkata apa2 kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak berbuat apa2.

  Setelah itu, kembalilah Izrail ke hadrat Allah dengan membawa beberapa macam tanah.
Firman Allah: “ Ya Izrail,pertama engkau yang Ku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang Aku tugaskan untuk mencabut roh manusia.”
“Jika demikianlah hamba khuatir akan dibenci oleh anak Adam kerana pekerjaanku ini.” Kata malaikat Izrail.

  “Tidak” jawab Allah. “Mereka tidak akan memusuhimu” Aku yang mengaturnya. Lalu aku jadikan sebab2 untuk mendatangkan kematian mereka. Sebab terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

  "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada kami kamu dikembalikan."{al-ankabut: 57}

  Menurut keterangan para ulama’ bahawa tanah-tanah ini adalah seperti berikut:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Maqdis.
2. Tanah dari Bukit Tursina.
3. Tanah Iraq.
4. Tanah Aden.
5. Tanah Al-Kautsar.
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
7. Tanah Paris.
8. Tanah Khurasan.
9. Tanah (Babylon).
10. Tanah India.
11. Tanah Syurga.
12. Tanah Tha’if.

  Kata Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempat akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit tursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat untuk memanis-manis.

7. Tangan kananya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesame manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan ahus.

10. Kemaluannya dari tanah Babylon. Di situ tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

11. Tulang dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

12. Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan berjalan.

13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman, keyakinan, ilmu, kemahuan, dan sebagainya.

14. Lidahnya dari tanah Tha’if tempat mengucap Syahadah bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

anak-anak muda pewaris @ penghancur negara????

Isnin, 14 September 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang2 ak hairan,aneh,pelik malah SEDIH melihat fenomena manusia zaman sekarang terutamanya anak2 muda. Sibuk @ terlalu sibuk dan juga menyibukkan diri dengan urusan dunia semata2.

Berhibur,melepak,merompak,berjudi,berzina,membuang waktu dengan perkara yang langsung tidak mendatangkan faedah buat mereka. Begitu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada hamba2Nya,tapi apakah dengan cara begini kita membalasnya???




Kadang2 ak hampir keliru adakah mereka ini orang Islam @ X. Adakah mereka bergelar Islam hanya di KAD PENGENALAN???? Mungkin kasar kata2 ini, tapi bagi ak itulah hakikatny dan seharusnya diterima…






Dimanakah PEMUDA/PEMUDI yang dalam hatinya hanya ingin mencari keredhaanMu, yang hanya ingin berjuang menegakkan kalimatullah, yang hanya merindui syahid di jalan perjuangan??




Bukan pemuda yang hanya tahu ke sana ke mari tanpa arah tujuan, yang hanya tahu berfoya2, tanpa secebis pun di dalam hatinya ingin menolong agamaMu.



Ayuh bangkit,sedarlah wahai SAHABAT/TEMAN/PEMUDA.. hidup ini hanya sementara. Apakah bekalan yang kita akan bawa tatkala menghadap Allah Yang Esa?? Adakah kita X malu utk berhadapan dgn Sang Pencipta dgn tanpa membawa sebarang amalan yang boleh menolong kita utk masuk al-jannah..

Masih sempat utk kita semua berubah & bangkit. Jangan di ulangi perkara2 sebelum ini yang hanya mengundang dosa. Deletekan terus dari kotak fikiran dan biarlah setiap detik yang berlalu hanya ingin mendapat redha Allah.


ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
Ya Tuhan kami, "janagnlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami rahmat dari sisi-Mu".sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Pemberi Kurnia kepada hamba-hamba-Nya.