Tuhan Baik....
Jumaat, 12 Mac 2010
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK KITA untuk berpakaian sesuka hati kita". Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "
Followers
man ana?
- Wan Hazwani
- Anak Jati Negeri Terengganu,bandaraya warisan pesisir pantai..perantau yang hina lagi kerdil bermusafir di bumi ALLAH hanya ingin mendapat keredhaanNYA. Taman Ilmu: UIAM,Gombak (Bachelor of Islamic Revealed Knowledge and Heritage-Quran and Sunnah Studies) mohon sebarang teguran+nasihat+ kritikan yg membina drpd sahabat sahabiah sekalian,krna diri ini hanyalan insan yg kerdil lagi hina..masih byk lagi yg perlu belajar & diperbaiki..
Facebook Badge
..Kembara Ilmu..^_^
S.K.Tok Jiring~1996
S.K.Teluk Ketapang~
1997&2000-2001
S.K.Bukit Tok Beng~
1998-1999
KOSPINT~2003-2007
CFS IIUM, Nilai~2008-2010
IIUM, Gombak~2010-Grad (bi iznillah)
menghampiri MATI!!
menghitung AMALAN & DOSA!!
Labels
- doa (2)
- Halwa Telinga =) (6)
- info (8)
- isu semasa (4)
- luahan hati (1)
- Palestin (1)
- perjuangan (1)
- perkongsian (3)
- santai (2)
- serikandi islam (2)
- taman ilmu (1)
- tazkirah (11)
- tips (2)
- tokoh (1)
Iqra'..
..Iqra'..^_^
-
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat2 hari yang lalu
-
Nigerian workers strike over cost of living crisisSetahun yang lalu
-
Lekuk Covid-19 mula landai, rakyat disaran terus patuh SOP3 tahun yang lalu
-
-
Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks14 tahun yang lalu
-
-
-
-
..Puteri Unggul..
..Akhowat..^_^
-
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)5 tahun yang lalu
-
Long Time No See5 tahun yang lalu
-
-
Joueuse (2009) HIGH quality definitons9 tahun yang lalu
-
-
the calling9 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PANDUAN MENDIDIK ANAK13 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sucikan dengan...
Perubatan Islam
-
SENARAI GRADUAN SESI 20168 tahun yang lalu
-
PROFAIL PENGASAS PERUNDING PERUBATAN8 tahun yang lalu
Lughotu Jannah..
arabic & islamic link
-
-
-
الجزء النجيح في الكلام على صلاة التسبيح للبعلي / * ط10 tahun yang lalu
-
الأنوار الزاهية في ديوان أبي العتاهية11 tahun yang lalu
-
القرآن الكريم المصحف التوافقي12 tahun yang lalu
-
نوادر الأصول في أحاديث الرسول للحكيم الترمذي15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
..Online News..
-
-
-
المصحف المرتل - هزاع البلوشي7 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
..video tarbawi..
-
Al Quran Idol Di China9 tahun yang lalu
UIAM
-
Islamic Culture Campaign11 tahun yang lalu
-
Jatuh chenta dengan Allah dulu, Boleh???12 tahun yang lalu
-
Tetamu
..La Tahzan..
..Air Mata..
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
..Zikrullah..^_^
..Sahabat..^_^
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
..Think!!..
..Cuci Hati..
Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
..Remember!!..
..^_^..
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
..Syahid!!..
..Forgive..^_^
..Jom Tutup Aurat!!..^_^
0 comments:
Catat Ulasan