YA ALLAH KAU IZINKANLAH AKU UTK KE SANA...

Khamis, 18 Mac 2010




~Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah~ (Al-Baqarah 196).

Umrah bererti mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) dengan mengerjakan Tawaf, Saie dan Bergunting. Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa di sepanjang tahun, berbeza dengan Haji yang hanya sah dikerjakan dalam Bulan-bulan Haji sahaja.

Rasulullah saw mengerjakan Umrah sebanyak 4 kali dalam hidup Baginda iaitu Umrah Hudaibiah (tetapi tidak dapat disempurnakan kerana Quraisy menghalang Baginda saw dan para Sahabat yang seramai 1500 orang dari memasuki Mekah), Umrah Qada’ (umrah yang menggantikan Umrah Hudaibiyah), Umrah Jakranah (selepas menang Perang Hunain) dan Umrah ketika Baginda saw mengerjakan Haji.

Umrah wajib dikerjakan oleh setiap lelaki dan wanita Islam yang baligh, berakal dan mampu, bermakna hukumnya sama seperti Haji megikut Mazhab Syafie. Ini berdalilkan firman Allah swt, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah”. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa hukum Umrah adalah sunnat muakkad.

Oleh kerana Umrah boleh dikerjakan sepanjang tahun dan belum tertakluk kepada kuota oleh Kerajaan Arab Saudi, maka bagi mereka yang terpaksa menunggu terlalu lama gilirannya untuk mengerjakan Haji, maka bolehlah dia pergi dahulu ke Mekah untuk mengerjakan Umrah sahaja dengan syarat dia cukup perbelanjaan dan kos Umrah tadi tidak akan mengganggu kos dan menangguh Hajinya bila tiba gilirannya nanti. Sekirany a simpanannya adalah cukup-cukup untuk dia dapat mengerjakan Haji sahaja, maka dia mesti menunggu tiba giliran Hajinya, dan mengerjakan Umrah Wajibnya ketika dia di Mekah dalam musim Hajinya.

Visa Umrah kebiasaannya mula dikeluarkan pada pertengahan bulan Mac setiap tahun dan berhenti dikeluarkan pada hujung bulan Syaaban. Selain dari bulan-bulan di atas, Kerajaan Arab Saudi memberi tumpuan kepada urusan Haji dan kerana itu Visa Umrah dibekukan buat sementara.
Dipetik dari http://hajiumrahziarah.wordpress.com/

0 comments:

Catat Ulasan