WANITA & AURAT, ADAKAH SINONIM @ ANTONIM??

Jumaat, 5 Mac 2010

Seringkali diri ini bemonolog sendiri..Ya Allah utk siapakah mereka nak tunjukkan aurat mereka..x rasa ke 2 privacy?? Soalku ku sendirian.

Ya Allah Ya Rahim,Kau berikanlah petunjuk & hidayah kepada mereka… sedangkan anak kecil sudah pandai menutup aurat apatah lagi perempuan yang sudah baligh.



Ya Allah ak amat2 besyukur atas nikmat Mu & membei peluang kepadaku utk betudung labuh.w’pun sebelum ni ak bukanlah seperti yg sekarang..ak amat2 bersyukur.alhamdulillah Ya Rahman.Ya Allah jauhilah ak daripada pebuatan yg boleh menyebabkan ak jauh dariMu.

Ingin sekali insan yg hina lagi cetek ilmu ini berkongsi sedikit ilmu berkaitan
Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat.moga sedikit sebanyak dapat membuka mata sahabat2 di luar sana yg mana kadang2 kita terlupa @ sengaja buat2 lupa tentang pekara ini..

Antara kesalahan yang seing berlaku di kalangan wanita ialah:

1) Aurat itu memakai tudung sahaja
2) Bertudung, tetapi bekemeja-T lengan pendek
3) Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya
4) Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk
kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’
5) Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
6) Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar
rumah, pasaraya dan sebagainya
7) Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah
bahagian dada daripada tetutup
8) Betudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher,
tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu
adalah tutup rambut sahaja..(SALAH SANGKAAN INI!!)
9) Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan
10) Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya,tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

Firman Allah dalam surah An-nur (ayat:31)

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Wallahua’lam..yang baik itu datang dari Pencipta yang buruk itu datang dari ciptaannya.

Ayuh sahabat2 jom kita islah diri!!

Islah Nafsak wad’u ghairak (^_^)

0 comments:

Catat Ulasan